05 July 2012

Generasi Ada Apa Dengan Cinta dan seorang Ladya Cheryl

oleh Zulhabri Supian

 

Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,

Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai, biar mengaduh sampai gaduh,

Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?


bosan aku dengan penat

dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika kusendir


Di atas adalah puisi berjudul “Tentang seseorang” yang dibaca dan dilagukan oleh Dian Sastro sambil diiringi petikan gitar dari Anda Bunga. Pembacaan puisi ini menghiasi salah satu babak dalam filem Ada Apa Dengan Cinta yang menjadi fenomena di Indonesia pada tahun 2002 dan kemudian tidak lama setelah itu Malaysia.

Semasa puisi indah ini dibacakan, ada adegan memilukan di mana Alya (teman Cinta yang dilakonkan oleh Dian Sastro) yang kerap dipukul ayahnya cuba untuk membunuh diri setelah permintaannya kepada Cinta untuk menemaninya di rumah tidak dapat dipenuhi.

Cinta terpaksa berbohong bahawa dia akan ke hospital kerana sudah berjanji sebelumnya untuk berkasih sayang di sebuah kafe bersama Rangga yang dilakonkan oleh Nicholas Saputra dan di kafe itulah Cinta menyanyikan lagu yang dibuat dari puisi “Tentang seseorang” Rangga.

Filem ini meraih kejayaan besar dan menandai kebangkitan dunia perfileman Indonesia pasca-reformasi. Saya sendiri terinspirasi banyak dari filem ini terutama untuk mengenal Indonesia dengan lebih dalam termasuk dunia sasteranya, selain dari aspek politik.

Saya masih ingat kunjungan pertama ke Jakarta pada 2004 dipenuhi dengan pesanan buku  AKU karya Syumandjaya yang dipopularkan menerusi filem ini. Maka selain kata gelar generasi reformasi, saya dan mereka yang kemudian lebih menghargai Indonesia yang sentiasa dimomokkan negatif oleh media arus perdana Malaysia kala itu yang anti-reformasi suka menyebut, generasi Ada Apa Dengan Cinta.

Melalui pengamatan saya, komentar terbanyak yang diterima selepas menonton filem ini adalah tentang watak Alya yang dilakonkan oleh Ladya Cheryl. Banyak yang bertanya termasuk saya kenapa watak Cinta tidak diberikan kepada Ladya.

Masa berlalu dan persoalan ini terlupakan dan baru-baru ini saya berkesempatan bertanya beberapa soalan kepada si empunya diri perihal terkini beliau, signifikan ulang tahun kesepuluh filem Ada Apa Dengan Cinta dan hal-hal lain. Berikut soal jawab bersama Ladya Cheryl.

Ladya bermain bass untuk Zeke Khaseli
Salam Ladya, apa khabar? Boleh ceritakan sedikit tentang perkembangan terkini?
Baik, terima kasih. Filem terakhir saya Postcards from the Zoo/Kebun Binatang dan baru selesai penayangan di Jakarta dan sekarang sedang belajar bermain bass.

Kamu dikenal di Malaysia menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC), apa signifikan filem ini terhadap kamu?
Senang juga masih diingat. Di awal Mac 2012 memasuki tahun kesepuluh setelah AADC, kami (tim AADC) melaksanakan reuni kecil dengan mengundang beberapa teman-teman untuk menonton bersama para pelakon dan krew. Ada juga kuiz-kuiz yang dibuat untuk mendapatkan tiket menonton di hari ulang tahun yang kesepuluh tersebut. Pengalaman AADC memang agak susah di tinggalkan.

Setelah AADC, kamu sering berlakon di dalam filem independen dan secara peribadi saya suka filem “Babi Buta Yang Ingin Terbang”. Apa alasan kamu memilih berlakon filem seperti ini?
Babi Buta Yang Ingin Terbang adalah filem ketiga saya dengan Edwin (sutradara). Saya dan Edwin pertama kali bekerjasama menerusi filem pendek “Kara Anak Sebatang Pohon” dan kemudian filem pendek kedua yang di buat semasa penggambaran Babi Buta, Trip to the Wound. Edwin mengajak saya berbual tentang hal-hal yang berkaitan dengan filem yang kemudian membuat saya tertarik. Alasannya mungkin hanya kerana saya senang berbual dengan Edwin.

Tentang filem Babi Buta, kamu punya pandangan tentang tema filem tersebut? Bagaimana kamu menyikapi perubahan terhadap etnik Cina yang terjadi pasca-reformasi?
Tema yang diangkat Edwin saya rasa sangat berani dan membuat kita yang menonton merasa percaya akan visual yang ditampilkan dan terasa jujur yang akhirnya membuat hanyut dalam perasaan-perasaan kegelisahan dari setiap generasi yang berbeza. Sebenarnya menyikapi perubahan adalah rutinitas, kerana perubahan tidak terjadi sekali sahaja. Mungkin menyikapinya secara positif saja sudah cukup berani.

Kamu punya impian untuk menjadi sutradara?
Belum

Bagaimana kamu melihat kondisi dunia perfileman di Indonesia belakangan ini?
Sekarang di Indonesia sutradara baru bertambah bersamaan dengan berkembangnya teknologi. Beberapa mengambil kesempatan dengan adanya kemudahan yang ditawarkan, meskipun sedikit yang berhasil. Paling tidak sebahagian dari kami masih ada yang berusaha keras.

Filem AADC juga sering menjadi penanda lahirnya filem pasca-reformasi sehingga menjadi tren di Indonesia dan Malaysia, kamu punya sesuatu untuk dikongsikan selama kamu terlibat dalam proses pembuatan filem ini?
Kerana AADC adalah filem pertama saya, mungkin banyak sekali yang harus saya belajar mengerti seperti proses berteman dengan teman-teman di AADC, belum lagi menguasai situasi dalam set. Hal yang saya ingat Titi, Sissy, Asti dan Dian banyak membantu, intinya kami saling membantu saat ada salah satu yang kesusahan dalam watak kami. Kami semua belajar mengerti keadaan termasuk perfileman indonesia yang saat itu sedang kurang baik. Jadi kami sangat bersungguh-sungguh.

 Filem AADC juga berjaya mengangkat semula sastera di kalangan generasi muda, kalau kamu sendiri bagaimana? Siapa penulis kesukaanmu?
Victor Hugo “Les miserables”, Floretta Schreiber “SYBILL”, Mark Twain “Tom Sawyer”

Sekarang kamu bermain bass untuk Zeke, bagaimana mulanya itu?
Awal Mac tahun 2011, Zeke menawarkan untuk membantu dalam pembuatan klip album kedua “Bore You To tears”. Setelah itu kami terlibat dalam perbualan tentang muzik yang saya suka, apakah saya boleh memainkan alat muzik. Kemudian menerusi emel, Zeke menawarkan saya menjadi pemain bassnya. Saya fikir kenapa tidak, lagi pula saya tidak pernah punya band dan tidak pernah memegang bass.

Adakah kamu serius dengan muzik atau sekadar suka-suka?
Serius dan suka muzik.

Terima kasih atas kerjasamanya dan sukses untuk segala apa yang kamu kerjakan
Sama-sama

tulisan ini pertama kali tersiar di The Malaysian Insider, 5 Julai 2012.

22 June 2012

KLAB dan buku indie


oleh Zulhabri Supian
Hujung minggu ini tanggal 23 dan 24 Jun jika anda di Kuala Lumpur atau Lembah Klang, silakan berkunjung ke sebuah pesta buku alternatif yang dinamakan KLAB (Kuala Lumpur Alternative Bookfest) di Annexe Gallery, Central Market. Kenapa saya mempromosinya? KLAB mempunyai pertalian personal yang dekat dikeranakan dari edisi pertama hingga keempat pada tahun lepas dikelola oleh saya bersama tokoh penerbitan “indie”, Amir Muhammad dan tokoh Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik. Hanya saja tahun ini yang memasuki edisi kelima saya tidak terlibat kerana sedang berkelana di pulau seribu pura. 
Idea awal KLAB dicetuskan oleh Amir dan langsung disambut saya yang kebetulan berfikir idea yang sama, cuma bezanya Amir melontarkan dan saya sekadar menyimpan di dalam hati. Asal muassalnya saya terinspirasi dengan beberapa pesta buku di Indonesia yang saya hadiri sekitar tahun 2004 hingga 2008 yang temanya lebih meriah, berani dan beragam dan lantas tertanya-tanya adakah hal serupa boleh diwujudkan di KL? Nah itu dia, euforia kemenangan menidakkan 2/3 majoriti Barisan Nasional di parlimen membuahkan semangat yang berkobar-kobar ke dalam diri saya dan tidak lama berselang dari tsunami 8 Mac, kemudian lahirlah KLAB pada 3 Mei 2008.
Secara umum, KLAB tidak jauh berbeza dari pesta-pesta buku lain seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang gah dan super meriah dengan kehadiran pelajar sekolah dan kanak-kanak riang ria kerana aktiviti utama tetap sama iaitu menjual buku serta sebagai platform untuk melancarkan buku, diskusi dan bermacam lagi. Cuma yang membezakannya hingga terpaksa sengaja atau tidak sengaja dinamai alternatif adalah disebabkan beberapa hal;
● Kebanyakan produk yang dijual di KLAB temanya agak berani dalam erti kata kritikal terhadap kerajaan yang memerintah Malaysia dan untuk produk yang tidak kritikal terhadap pemerintah terutama penerbitan sastera popular dan urban kontemporari, produknya dicipta untuk pasaran dan gaya yang khusus.
● KLAB membuka platform untuk pembaca berjumpa dengan penulis. Lebih santai dan dekat di hati tidak seperti Pesta Buku Antarabangsa yang terlalu besar dan kurang interaksi pembaca dan penulis. 
● KLAB menyatukan penerbitan buku bersemangat sama dalam bahasa yang berbeza baik dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin dan lain-lain.
● Kesemua produk yang dijual di KLAB berharga kurang daripada RM100.
Pada awalnya saya dan Amir bercita-cita besar untuk membawa idea KLAB ke luar Kuala Lumpur namun sehingga kini cita-cita tersebut belum terwujud. Meski demikian semangat KLAB dalam versi dan skala berbeza telah berjaya sampai ke Selangor melalui Pekan Frinjan, Pulau Pinang melalui Little Penang Street Market, Ipoh melalui Projek Rabak, Johor Baru melalui Gobok Buku dan barangkali banyak lagi yang tidak saya ketahui.
Buku indie
Bila berbicara tentang apa itu buku indie, jarang kita dapat mencapai kata sepakat. Itu tidak mengapa dan bagi saya biarkan kontestasi makna terus bergulir seperti mana polemik tanpa sudah tentang apa itu muzik mainstream dan muzik indie. Apa yang harus kita sepakati adalah jalani sahaja apa yang diperbuat, jika menulis ya teruskan menulis, jika menerbit teruslah menerbit dan jika menganjurkan acara kekalkan selamanya. Bagi saya sendiri, makna buku indie sangat sederhana iaitu sebuah buku yang ingin kita terbitkan sendiri atau diterbitkan dan kemudian berjaya tanpa banyak dihalangi serta dikawal idea dan proses kreatifnya.
Suasana di KLAB 2009.
Secara peribadi saya membaca buku apa saja dan tidak melihat siapa penerbitnya, baik itu penerbit besar atau penerbit kecil atau indie atau apa sekalipun. Ada dua penulis lokal yang membuat saya tertarik membaca karya-karya indie atau frinjan (pinggiran) iaitu Ruhayat X dan Sufian Abas, merekalah yang mempopularkan buku yang pada hemat saya tepat untuk dimasukkan di dalam kategori alternatif/indie/frinjan. Bertuahnya pembaca di Malaysia, mereka masih aktif menulis dan menerbit dan terus memperlebar pasar dan memunculkan banyak penulis baru.
Ruhayat X atau Amri Ruhayat adalah pelopor awal Komuniti Frinjan (Frinjan dalam bentuk organisasi tidak rasmi, bukan idea “frinjan” yang bebas organisasi) yang pada awalnya digerakkan bersama-sama saya dan seorang lagi penulis dan pelukis, Alina Abdullah dan kini kelangsungannya berada di bawah kendali anak-anak muda seperti Farhan Azahan dan rakan-rakan. Program utama Komuniti Frinjan adalah Pekan Frinjan yang dilangsungkan di Shah Alam sebagai upaya pengembangan aktiviti seni dan budaya kontemporari/alternatif ke luar Kuala Lumpur dan syukur sehingga kini telah berjaya dijalankan sebanyak 28 kali.
Namun apa guna 28 kali seandainya tidak ada impak positifnya dan ini yang membuat saya dan teman-teman bersyukur kerana sejak Pekan Frinjan pertama pada Mac 2009 dengan hanya beberapa judul buku dari beberapa penerbit, kini angkanya bertambah berkali-kali lipat.
Hingga kini, judul buku indie menghampiri angka 100 bahkan mungkin lebih mengingat tidak ada data khusus melainkan apa yang terdata di senarai buku untuk dijual yang saya perolehi dari Distro Buku. Beberapa penerbit yang lagi naik daun (sedang aktif dan bersemangat waja) adalah Sang Freud Press, Fixi, Moka Mocha Ink, Selut Press, Siluet Books, Lejen Press, Dubook Press, Jargon Books, Puisi Jadi Senjata, Moque Press, Sindiket Sol-jah, Merpati Jingga, Buku Hitam Press dan yang terbaru Obscura.
Apa yang membezakan penerbit-penerbit ini dengan penerbit lain (penerbit besar sebagai contoh) adalah mereka menggunakan media sosial seperti Facebook, Blog dan Twitter untuk promosi juga pembelian dan kebiasaannya penulis turut terlibat secara langsung juga. Selain itu mereka menggunakan pendekatan gerila untuk mencari dan membuka pasar seperti yang dilakukan Lejen Press dengan turun ke acara-acara seperti Pekan Frinjan, acara di dalam kampus dan banyak lagi. Pendekatan ini harus dipuji kerana sedikit sebanyak memecahkan tembok eksklusif buku yang selama ini dilihat tidak ramah kerana hanya boleh diperolehi di kedai-kedai buku.
Semoga kisah-kisah indah dunia perbukuan indie ini akan terus bertahan dan tidak hanyut dalam krisis substansi dan rasa “best” seperti yang terjadi kepada pembikin T-shirt indie yang marak beberapa tahun dahulu dan kini sepi tanpa berita. Saya lebih optimis dengan dunia perbukuan seperti mana optimisnya saya dengan dunia muzik dan perfileman indie lokal kerana mengetahui di dalamnya banyak manusia-manusia yang teruji semangat, upaya dan eksekusinya selama ini.
Hanya saja di dalam optimisme ini kita dihadirkan dengan berita pengharaman buku berjudul “Allah, Kebebasan dan Cinta” karya Irshad Manji terbitan ZI Publication dan pendakwaan kepada seorang pengurus kedai buku Borders di pusat membeli belah Mid Valley atas tuduhan mengedar buku tersebut. Berita ini sangat meresahkan dan bersempena KLAB hujung minggu ini, mari kita semua; dari pembaca, penulis dan penerbit bersatu melawan pengharaman buku dan pendakwaan oleh JAWI yang tidak profesional.
Dilarang melarang!
Tulisan ini pertama kali tersiar di The Malaysian Insider pada 21 Jun 2012

19 May 2012

Tempahan T-Shirt Rock The Youth 2012



T-shirt Rock The Youth siap untuk ditempah! Tempah sebelum 24 Mei, harga cuma RM23. Baju boleh diambil pada hari acara (25 & 26 Mei 2012) dan bagi tempahan pos, akan dipos mulai 28 Mei.


Kaedah pembayaran:


1. Buat pembayaran ke:
1623-3903-1550 (MAYBANK) Naharudin Abd Rahman
1408-1283-726-527 (CIMB) Nur Afra Taidin

2. Kepilkan bukti pembayaran ke inbox page kami, atau email frinjanmerch@gmail.com dengan butir-butir Nama, IC, Alamat, Kuantiti, No. Telefon dan Saiz (S,M atau L)

3. Datang dengan penuh riang pada hari acara (25 atau 26 Mei) ke booth sekretariat Rock The Youth untuk menuntut baju anda :)

* bayaran pos, tambahan RM5, sertakan sekali alamat anda apabla memberitahu kami

Pada hari acara, baju berharga RM30

Sebarang pertanyaan boleh saja ajukan kepada kami di sini, inbox, twitter, email frinjanmerch@gmail.com atau SMS/telefon 019 361 2342 (Bana)

11 April 2012

Melayu dengan Rajanya I

Oleh Khalid Jaafar

Bacalah! Membaca akan membawa kita keluar dari kegelapan. Iklim pemikiran Melayu dewasa ini menjadi gelap tentang sikap bangsa Melayu dengan raja mereka. Kalau diturutkan tabiat tidak membaca di kalangan hulubalang-hulubalang taksub kaum, jelaga yang menutupi pemikiran Melayu akan bertambah tebal.

Kita bacalah apa yang disuratkan oleh pendita Melayu Tun Sri Lanang dalam Sulalatus Salatin, juga dikenal dengan nama Sejarah Melayu. Ketepikan sejenak debat di kalangan sarjana siapakah identiti sebenar pengarang tarikh itu dan di mana ia dituliskan.

Lompat sahaja ke muka surat 193 dalam edisi yang disunting oleh A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka: “Sekali sepertua Sultan Mahmud Syah bermain dengan isteri Tun Biajid, anak Hang Tuah; pada tatkala itu Tun Biajid tiada di rumah, pergi ke Merba kerana Merba itu pegangannya. Pada suatu malam, Sultan Mahmud pergi ke rumah isteri Tun Biajid; setelah dini hari maka baginda pun kembali. Maka Tun Biajid pun baru datang dari Merba diiringkan oleh orang-orangnya hendak pulang ke rumahnya, maka bertemu dengan Sultan Mahmud Syah yang kembali dari rumah isterinya. Maka Tun Biajid pun tahu Sultan Mahmud bermain dengan isterinya itu; jikalau hendak dibunuh pada masa itu dapat, kerana tiada berapa orang yang mengiringkan …”Hei Sultan Mahmud, demikiankah perkerjaan tuan hamba akan hamba? Sayang tuan hamba tuan kepada hamba, jikalau tuan hamba bukannya tuan kepada hamba, jika tidak lembing ini kuterbang ke dada itu, ubah nama si Biajid anak laksama Hang Tuah.” Naskah Shellabear tertulis: “jika tiada lembing ini kutumbukkan di dada bukan hamba anak laki-laki.”

Mengapa sang empunya hikayat menulis kisah kebejatan moral raja ini? Dan bukan sekali. Dikisahkan juga pembunuhan Tun Ali Sandang yang diarahkan oleh sultan kerana seorang perempuan bernama Tun Dewi. Pada suatu malam Sultan Mahmud ingin ke rumah Tun Dewi, tetapi mendapati Tun Ali Sandang ada bersama Tun Dewi, sultan kembali ke istana tetapi menyuruh seorang pengiringnya Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang. Siapakah Tun Dewi? Besar kemungkinan seorang Christine Keeler di Melaka, tatkala kota itu adalah salah sebuah kota dan pelabuhan yang terbesar di dunia di abad ke-15.

Tun Sri Lanang, yang menurut A. Samad Ahmad adalah pengarang Sulalatus Salatin, adalah perdana menteri Kerajaan Johor dengan gelaran Bendahara Paduka Raja di zaman Sultan Alauddin Riayyat Shah III, sultan Johor ke-6 (1597-1615). Beliau dititahkan menulis sejarah raja-raja Melayu oleh Raja Abdullah yang kemudiannya menjadi sultan Johor ke-7. Titah tersebut berbunyi: “Beta minta diperbuat hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkan oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.”

Apa yang dimaksudkan oleh Raja Abadullah dengan kata-kata “syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.”? Adakah raja-raja Melayu hari ini membaca Sulalatus Salatin? Apakah membacanya, atau dibacakan kepada mereka, menjadi sebahagian dari pendidikan mereka? Raja Abdullah menitahkan Tun Sri Lang, sang bendahara, menulis sejarah leluhurnya “supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkan oleh mereka itu…”

Apa faedahnya kita, dengan “kita” saya maksudkan bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan, membaca kembali Sejarah Melayu , sebuah karya yang ditulis di abad ke-17? Bukankah memadai kita membaca Two Treatises on Civil Government oleh filasuf John Locke, tulisan yang merevolusikan pemikiran politik? Locke mesti dibaca, tanpa menghadham Locke kita tidak akan tahu idea asas politik moden. Politik Malaysia terus kekal separuh feudal, meskipun telah 50 tahun merdeka, meskipun telah memasuki abad ke-21, kerana ahli-ahli politik kita tidak membaca Locke. Wacana politik oleh intelektual dan kupasan politik dalam rencana pengarang dan komentar oleh wartawan veteran Malaysia terus jumud kerana mereka tidak mahu mendekati Locke. Saya tidak pernah tercium pemikiran Locke dari Rahim Kajai, A Samad Ismail dan A Kadir Jasin. Hampir satu dekad saya di dunia wartawan saya boleh membuat kesimpulan begini: semua yang bergelumang dalam dunia ini menghirup udara kejahilan tentang idea asas pemikiran politik dan mereka bangga dengan kejahilan tersebut.

Tetapi Sulalatus Salatin juga perlu dibaca. Tanpa membaca teks besar ini kita tidak boleh memahami satu institusi penting yang telah diberikan keabsahan oleh perlembagaan, dan insitusi tersebut punya sifat, sejarah dan kebudayaannya. Meskipun institusi raja-raja Melayu itu diikat oleh perlembagaan, bidang dan batas kuasanya ditentukan oleh perlembagaan, namun kita juga hidup dalam kebudayaan, adab serta kesopanan. Maka hubungan dengan institusi raja-raja Melayu ini bukan sekadar mengikut perlembagaan tetapi juga mengikut adab dan kesopanan.

Bagaimana dan apakah sumber kita hendak mengetahui adab dan kesopanan berhubung raja-raja Melayu? Dalam hal ini buah tangan peninggalan Tun Sri Lanang menampilkan sikap seorang pembesar Melayu kepada rajanya. Bendahara itu secara jelas menyatakan: “maka fakir karanglah hikayat ini…. supaya akan menyukakan duli hadrat baginda.” Tetapi apakah beliau mengorbankan integritinya sebagai seorang penulis dengan memenuhi hikayatnya dengan segala ampu dan pujian tentang kemuliaan raja?

Tun Sri Lanang bukan John Locke meskipun keduanya hidup di masa yang sama. Bendahara itu mendapat titah untuk menulis Sulalatus Salatin pada 1612 sementara risalah Locke yang bertajuk An Essay concerning The True Original, Extent, and End of Civil-Government diterbitkan 1689 diterbitkan secara sembunyi dan tanpa nama pengarangnya. Locke memecah tradisi dan pembuka lembaran baru dalam pemikiran politik dunia sementara Tun Sri Lanang adalah putera setia zaman dan kebudayaannya. Dia pembesar dalam sistem feudal dan penerus tradisi tersebut.

Dari perspektif zaman kita sistem feudal yang bertunjangkan sistem kekuasaan raja tanpa batas adalah sistem yang banyak kecacatannya. Kita tidak dapat membayangkan untuk hidup kembali dalam sistem seperti itu. Mereka, yang kerana romantisme dan nostalagi ingin menyarankan kita kembali kepada sistem politik zaman tersebut harus diperiksa otaknya. Sistem tersebut amat terdedah kepada kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.

Satu-satunya kuasa pengimbang untuk mengelakkan berlakunya kezaliman yang berpunca dari sultan adalah komitmen sultan itu sendiri kepada prinsip moral dan keadilan. Kalau akhlak dan rasa keadilan itu tersemat dalam hati sang raja maka keadilan akan berlaku dalam negeri. Kalau sang raja itu berkelakuan seperti yang diungkapkan “bersultan di mata, beraja di hati” maka negeri akan ditimpa bencana.

Tun Sri Lanang pun menceritakan kehebatan raja-raja Melayu yang berasal dari Bukit Siguntang Mahameru dan menyambung mitos sehingga ke Iskandar Agung. Sultan Johor yang bersemanyam di Batu Sawar mahu dingatkan dan mahu generasi selepasnya diberitahu tetang kehebatan dan luas kekuasaan moyang mereka di Melaka. Tetapi bendahara itu dengan integriti moralnya sebagai seorang penulis dan penyimpan khabar masa lalu menceritakan perilaku kezaliman sultan yang membawa kepada keruntuhan dan penyingkiran sultan dari Melaka oleh Portugis.

Khalid Jaafar, adalah Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD).

tulisan ini pertama kali tersiar di Jalan Telawi pada 8 September 2009.

08 April 2012

Of cults and breakthroughs

Aidil Rusli

Proper gigs are few and far between these days. The lack of easily accessible and affordable venues in the centre of Kuala Lumpur nowadays means that if you want to experience a proper gig that’s held in a hall, or in something bigger than the usual clubs or pubs in and around Kuala Lumpur, then you’d have to go a wee bit out of state for it.

Two weeks back, my band played a gig in Malacca, which was held at a hall called Dewan Hang Tuah. The last time we played in Malacca was quite a surreal experience, as we were privileged enough to share the stage with Malaysia’s Papa Rock, Ramli Sarip. Then again, that wasn’t really a gig, as it was more of a student event held at Malacca’s version of Dataran Merdeka which was Dataran Pahlawan, with guest artistes who were more on the mainstream side of things.

This latest gig we played was a full-on old-school type of gig, like the ones I fondly remember playing in smaller cities and towns like Ipoh, Banting, Johor Baru, Penang and Kota Baru. It’s not just the hot and humid hall setting that reminds me of these gigs, but also the generously mixed line-up of acts that range from the poppiest of acts to the heaviest of metal bands.

You rarely find gig line-ups like these in KL anymore, as the scene’s more or less been segregated along genre lines for quite some time now. So it’s truly refreshing to see that old “underground scene” spirit of unity still alive and well in Malacca.

As far back as 2002, or maybe even 2001, an esteemed music writer wrote in the now-defunct TONE magazine, in a feature about local acts then making noise in the scene, that my band Couple did not have a high chance of making a mainstream breakthrough due to the kind of music that we play, but are destined to have a sizeable cult following. I was mighty pleased with myself when I read that because all my musical heroes (except for The Beatles and The Beach Boys, of course) were at most cult heroes who sometimes even had to wait decades after their band’s demise to get due recognition.

Of course all this was before the unthinkable happened, which was when the Malaysian independent music scene started stealing a march on the mainstream when some bands actually conquered the local airwaves and music awards shows. Being around in the scene before all this happened and during it meant that from time to time we also got to brush shoulders with the mainstream by playing big events and even appearing on TV!

But all through this we’ve remained more or less what the aforementioned writer had prophesised about us — a band with a decent enough cult following. I wouldn’t mind getting a mainstream breakthrough though, as that would mean that I would be able to make a living out of music full time, but I doubt anything like that could happen with the kind of musical direction we choose to take, which is always never in sync with what the mainstream might want.

The reason I’m babbling about all this cult following thing is this — sometimes I forget how lucky we are to be in this position. But playing that gig in Malacca instantly reminded me, especially when witnessing another band with a sizable cult following whom I highly respect, Plague Of Happiness from Johor Baru.

Playing an incredibly infectious brand of ska punk, I first met them at the screening of the independent movie “Gedebe”, which was directed by Namron. Prior to that I’ve only heard a cassette EP by them, and heard and read stories in photocopied fanzines about how they truly started from scratch, especially their horns section who were all friends who they sent to music school to learn how to play their respective instruments using the money they got from playing gigs and selling demo tapes. Really inspiring stuff, don’t you think?

The movie used both our bands’ songs, so naturally we were invited to attend a special screening and became friends from then on. I remember meeting the late Yasmin Ahmad for the first time as well during that screening, which was probably in 2002.

We’ve shared the stage many times throughout the years, and I always find it heartwarming to see kids of all ages singing along to their songs at all the shows, even if you hardly hear any of them ever played on the radio. Watching them in action in Malacca, with the rambunctious crowd thoroughly enjoying themselves and egging the band on, again I was reminded how special this cult bond is.

Musical trends may come and go, and the casual fair-weather fans may have long left once a trend dies (as one can clearly see from so many “big” bands with seemingly huge following who people no longer care for once the band’s fever dies out), but the ones with that special bond in their hearts will always be there. It’s nice to be huge for 15 minutes, but it’s probably nicer to still be loved even after 10 to 20 years. I wish my band will get there as well some day. Greetings and salutations, Plague Of Happiness!

tulisan ini pertama kali tersiar di The Malaysian Insider pada 10 Mac 2012