Campurtangan Politik...akan membawa pembangunan budaya kita mundur 50 tahun ke belakang
Kami merupakan sekumpulan orang yang aktif dalam masyarakat kesenian Malaysia, yang memikul amanah mencipta budaya baru, berbudi pekerti menggalakkan nilai-nilai sejagat kemerdekaan, kesetaraan dan keadilan sosial sebagai tuntutan persekitaran kami. Persekitaran berbilang etnik, beragam budaya dan berbagai kepercayaan di negara ini menyediakan kita dengan bekalan sumber-sumber keatif yang tidak berkesudahan. Persekitaran ini juga memberi banyak ilham gagasan keindahan seni yang amat jelas memberi manfaat kepada para penyair, penulis novel, pemuzik, penari, penulis drama atau seniman dan lainnya. Namun demikian, baru-baru ini kejadian penindasan di dalam negara terhadap suara pembantah dan pelanggaran hak asasi manusia, membuatkan kami merasai gangguan dan ketidak adilan.
Disebabkan agensi penguatkuasaan undang-undang telah menggunakan Akta Hasutan dan Akta Polis untuk menyoal siasat Sasterawan Negara A. Samad Said, kami bertanya - apakah beliau telah melakukan suatu jenayah kejam yang cukup besar salahnya, apabila seorang penyair dalam usia 76 tahun itu hanya membacakan puisinya Unggun Bersih pada majlis pelancaran perhimpunan BERSIH 2.0?
Semakin puisi tersebut terus mengalir, ia mendedahkan kita pada kepekaan puisi tentang siapa yang selalu merasa dan peduli terhadap negara dan perjalanan waktunya. Dalam hal ini, kami meluahkan kedukaan yang amat dalam. Kami merasa terganggu bahawa selepas setengah abad negara ini diasaskan, ruang untuk kebebasan kreatif tidak banyak berkembang, malah lebih teruk lagi, kehidupan kita masih lagi diselubungi "budaya ketakutan."
Kami menjangkakan akan lebih banyak tindakan tidak masuk akal "menggari" dan "membelenggu" untuk terus melarang para pencipta budaya yang mendokong keadilan dan mengejar demokrasi seperti apa yang dilakukan A. Samad Said. Kami amat prihatin bahawa tindakan berat berhelah politik ini akan membawa kita mundur 50 tahun ke belakang di dalam pembangunan budaya kita. Sebagai sebahagian daripada masyarakat kesenian, kami pastinya tidak boleh menyendiri tetapi akan mengeluarkan pernyataan bersama seperti berikut:
1.Ungkapan diri: Kami menyedari bahawa semua pencipta budaya memiliki hak untuk memilih pendirian politik peribadi dan kebebasan kreatif - sebagaimana kebebasan bersuara atau kemerdekaan peribadi - yang merupakan salah satu perlembagaan hak asasi manusia yang tidak boleh ditolak ansur. Hanya dalam persekitaran yang merdeka, seseorang pencipta budaya itu dapat menyedari sepenuhnya kepentingan ungkapan diri, dan tidak menjadi mangsa permainan kuasa seterusnya.
2.Dialog yang waras: Kami menyeru pihak penguatkuasa undang-undang untuk mengangkat amalan profesional dengan kebijaksanaan bukannya menggunakan perundangan lapuk untuk menganggu aliran dialog yang waras. Penyair A. Samad Said hanya menyatakan kerinduannya pada demokrasi dan kemerdekaan serta tidak menawarkan emosi yang kesat dan menyinggung. Pada zaman maklumat dengan interaksinya yang sengit ini, cubaan untuk memburukkan seorang warganegara yang baik cukup tidak munabasah samasekali .
3. Pilihanraya yang bersih dan adil: Kami menyokong lapan tuntutan yang diperjuangan Gabungan Pilihanraya yang Bersih dan Adil, seperti pembersihan menyeluruh daftar pengundi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kebebasan institusi awam, menghentikan rasuah dan penyelewengan pilihanraya serta lainnya. Walau bagaimanapun, setakat ini amat malang sekali, rayuan tersebut belum menerima sebarang maklum balas positif oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Kesimpulannya, saat kenyataan ini dirumuskan, telah diisytiharkan bahawa "Perhimpunan Bersih 9 Julai" akan diadakan di stadium. Apapun yang terjadi, kami berharap kesemua jiwa dan hati yang diperangkap akan dibebaskan, dan ke atas negara semoga akan memancarkan sinar cemerlang kemanusiaan!
Yang Benar/Undersigned:
1. Persatuan Seni Rumah Air Panas
2. Five Arts Centre
3. The Jumping Jellybeans Sdn Bhd
4. Rumah Anak Teater
5. Instant Café Theatre
6. The Parking Project
7. Komuniti ‘Zine Satu Malam’
8. Komuniti Frinjan
9. Nur Hanim Khairuddin
10. Yee I-Lann 余一蘭
11. Sharon Chin 陳愛瓊
12. Chai Chang Hwang 蔡長璜
13. Yap Sau Bin 葉紹斌
14. Chong Kim Chiew张錦超
15. Gan Chin Lee颜振利
16. Chuah Chong Yong
17. John Rock莊若
18. Loh Yeen Teng羅燕婷
19. Simon Soon
20. Joseph Foo
21. Chong Wu Ling鍾武凌
22. Lim Li Wen林儷雯
23. Tan Ru Yi 陈如仪
24. Goh Lee Kwang 吴利光
25. Wong Eng Leong黄英隆
26. Wening Cheah
27. Au Sow Yee
28. Lim Kok Yoong林国荣
29. Loo Hoe Tiang罗浩庭
30. Foo Fei Ling 傅慧齡
31. Matotytee 陳頭頭
32. Rahmat Haron
33. Jc Wong 王敬诚.
34. Foo Kee How符基豪
35. Koh Cheng Kuan 许镇权
36. Chan Kok Hooi曾国辉
37. Wong Pey Yu黄佩如
38. Fahmi Fadzil
39. Amir Zainorin
40. Abdullah Jones
41. Lee Kian Seng李健省
42. Goh Sze Ying
43. Tshiung Han See
44. Akbar A.K.A Bebe
45. Shieko Reto
46. Ezrena Marwan
47. Rachel Jena
48. Chi Too
49. Daniel Chong
50. Zedeck Siew
51. Al-Jafree Md. Yusop
52. Nusratnajwani Bt. Mohammad
53. Tey Tat Sing
54. Ili Farhana
55. Roopesh Sitharan
56. Low Yi Chin刘宜振
57. Tengku Sabri Tengku Ibrahim
58. Leong Ching Foon梁靖芬
59. Tan Ming Jie 陈茗洁
60. Nyu Ka Jin楊嘉仁
61. Ise Aka Roslisham Hashim
62. Hamidon Bin Ahmed
63. Christina Kang
64. Shaffiq Ahmad
65. Hasnul Jamal Saidon
66. Tan Hui Koon
67. Tan Sei Hon
68. Ng Seksan
69. Dr. Goh Beng Lan
70. Lui Thai Hong雷大烘
71. Munkao
72. Chifong Foo祈風
73. Chang Fee Ming 郑辉明
74. Gan How Ming 颜浩名
75. Patricia Leong
76. Meor Khairol Nizam Bin Meor Nazro
77. Phuan Thai Meng
78. Chai Chik Ying蔡山巨莹
79. Suzanne Chin Suk Ching
80. Jason Lai黎百龄
81. Ng Ee Ching @ Candice黃驿清
82. Tc Liew
83. Suzy Sulaiman
84. Cheng Yen Pheng
85. Ahmad Syakir
86. Melissa Lin
87. Pyanhabib Rahman
88. Airmaz
89. Muhammad Tarzizi
90. Yin Shao Loong
91. Dr. Siti Zainon Ismail
92. Linus Chung
93. Snow Ng
94. Valentine Willie
95. Juria Toramae
96. Koh Nguang How
97. Leong Tzu Ann
98. Ayisha Rahman
99. Nor Akmar Nahar
100. Annabelle Ng
102. Mark Teh
103. Marzuki Mahbob
104. Mohd Aizat Ahmad Tarmizi
105. Ronnie Khoo
106. Saiful Razman
107. Eva Mcgovern
108. Justin Lim
109. Wong Hoy Cheong
110. Dhaima Dandelion Parameswaren
111. Sharaad Kuttan
112. Kathy Rowland
113. Phang Kuan Hoong
114. Pang Khee Teik
115. Agnes Tan
116. Zain Azreen
117. Lee Yann Huey
118. Taysy Wong
119. David Wong
120. Wong Wai Lam
121. Lim Kok Siang
122. Lar Kee Lim
123. January Low-Siva
124. Carolyn Joan Lau
125. Sue Lankester
126. Saharil Hasrin Sanin
127. Adriene Leong
128. Yusmar Mitch Yusof
129. Mary Maguire
130. Oso-Son Anna
131. David W Foenander
132. Taheera Rosheena Mohamed
133. Paik Yin
134. Kin Kit
135. Teng Ky-Gan
136. Ayam Fared
137. Vigneswaran Mayachandran
138. Zulhabri Supian
139. Hariati Azizan
140. Kim Ng
141. Zoul Yazix
142. Kee Thuan Chye
143. Farish A Noor
144. Anne James
145. Marion D’cruz
146. Eddin Khoo
147. Janet Pillai
148. Mano Maniam
149. Jo Kukathas
150. Joe Kidd
151. Elizabeth Cardosa
152. Ismail Hashim
153. Bernice Chauly
154. Dr. Carmen Nge
155. Adeline Ooi
156. Beverly Yong
157. Jason Tan
158. Iskandar Razak
159. Shanthini Venugopal
160. Charlene Rajendran
161. Vincent Leong
162. Govin Ruben
163. Gan Siong King
164. Sukania Venugopal
165. Kelvin Lee Ee Keong
166. Ong Paychee
167. Randy Raharja
168. Grace Chin
169. Kathyn Tan
170. Rachel Ng
171. Lim Tiong Wooi
172. Nur Fatin Shatira Hana Bt Hamidon
173. Hoe Kai Yew
setuju seratus persen!
ReplyDelete