https://www.facebook.com/event.php?eid=125527940883370
Pekan Frinjan adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku dan macam-macam. Memasuki edisi ke 24, Pekan Frinjan kali ini akan turut berlangsung pada hari Jumaat.
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam (depan UNISEL dan di sebelah Tasik Seksyen 7)
Tarikh: 28hb Oktober 2011, hari Jumaat (bukan Sabtu)
Masa: 8 malam (jam 5 petang gerai-gerai jualan sudah dibuka)
Barisan pengkarya:
Society
Tengku Adil
Happy Siblings
Cats In Love
Puisi Jadi Senjata
Penampilan novel terbaru Fixi bertajuk Zombijaya
dan lain-lain yang menyusul kelak
juga pelbagai buku-buku baru dari penerbit kecil dan besar boleh diperolehi di sini. Jom!
Pertanyaan gerai sila emel ke frinjan@gmail.com
Tentang Pekan Frinjan
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.
Tentang Frinjan
Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
010 512 6836 : Zulhabri
012 204 4557 : Ahmad
017 699 7684 : Naha
atau emel ke frinjan@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/frinjan
Twitter: @frinjan
Pekan Frinjan 24 ini dianjurkan oleh Komuniti Frinjan dengan sokongan dari GEN-S, Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA
Terima kasih! :)
Pekan Frinjan is a monthly event which unites the music, poetry, theater, fashion, activisme, books and many others. For its 24th edition, Pekan Frinjan is held on Friday this time around.
Venue: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam (in front of UNISEL and next to Section 7 Lake)
Date: 28th October 2011, Friday
Time: 8 pm (Bazaar opens at 5pm)
Line-up:
Society
Tengku Adil
Iqbal M
Happy Siblings
Cats In Love
Puisi Jadi Senjata
Featuring Fixi’s latest novel;Zombijaya
Teater Asrar by Seni Suri Jawi
Books from various publishers, consisting of both established publisher and independence publisher are available here. For the fashionista and shopaholics,there are lots of booth awaits you :)
For booth enquiries please email to frinjan@gmail.com
About Pekan Frinjan
Pekan Frinjan is an initiative by a fringe group with the intention to instill the art culture in our society. It is done by presenting various art activities and cultures to the mass., especially by using mass page and streets. By doing it “pop” style, it is with big hope that the mass are willing to accept intellectualism based contents. This is crucial in shaping a country with civilized environment that doesn’t concentrate solely on economic growth.
About Frinjan
Frinjan is a loose collective artists and connoisseurs of art and culture, and the word 'Frinjan' taken from the English word, 'fringe'. Our objective is to organize art and cultural activities which are semi-commercial by injecting literary, cultural and social development of society. Frinjan employs art as medium, message, and motivation to call attention to important socio- political issues affecting our daily lives, often collaborating with local Non Government Organizations, art community and educational institutions.
For more info,please contact:
010 512 6836 : Zulhabri
012 204 4557 : Ahmad
017 699 7684 : Naha
or email to frinjan@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/frinjan
Twitter: @frinjan
Blog: http://frinjan.blogspot.com/
Pekan Frinjan 24 is brought to you by Komuniti Frinjan with support from GEN-S, Tourism Selangor and assistance from MBSA.
Thank you! :)
No comments:
Post a Comment