22 JUN — Siri temuramah pop politik ini dimulakan dengan selebriti terkenal dari Indonesia, Acha Septriasa yang popular dengan filem ‘Heart’ bergandingan dengan bekas kekasih, Irwansyah pada tahun 2006.
Acha masih menuntut di Limkokwing, Malaysia dalam jurusan komunikasi massa dan baru berumur 20 tahun dan pastinya tidak layak mengundi seandainya menjadi warga negara Malaysia. Wawancara penuh yang berlangsung 45 minit ini dibuat di rumah Acha di Tebet, Jakarta Selatan disaksikan ibu merangkap pengurus yang sangat baik dan di pertengahan wawancara ‘disuruh pergi’ kerana Acha malu-malu untuk berbicara politik di depan ibunya:)
Hasil sebahagian wawancara penuh ini telah dialih ke dalam Bahasa Melayu supaya boleh difahami pembaca di Malaysia dan Insya Allah maksud-maksud jawapan Acha tidak lari dari pengertiannya.Selamat membaca!
Menurut pengamatan Acha, apakah perbezaan seni budaya di Indonesia sebelum dan sesudah reformasi 1998?
Kalau menurut saya peribadi, sebelum dan sesudah tidak jauh beza, tapi pasti ada perbezaan. Sebelum reformasi seni budaya yang ditonjolkan lebih bersifat nasionalis, misalnya seperti lagu-lagu bersifat kebangsaan dan yang menonjolkan budaya Indonesia selalu diputar setiap pagi di televisyen, lagu tentang kemerdekaan itu pasti diputar dan menurut saya itu bagus dan sekarang sudah hilang budaya itu. Saat setelah reformasi, lagu-lagu dan filem-filem lebih beragam dan lebih bebas. Namun kerana sudah mulai terasa terlalu bebas, maka itu sudah ada undang-undang yang lebih spesifik mulai mengatur kerana kalau dahulu undang-undang agak terbatas kerana medianya memang disekat untuk tidak menayangkan sesuatu yang tidak bagus untuk masyarakat.
Bagaimana Acha menanggapi proses ini? Perubahan yang terjadi
Menurut saya pasti ada sisi positif dan negatif, sisi positifnya setelah masyarakat diberikan kebebasan untuk mengungkap isi hati dan opini ia melahirkan masyarakat berfikiran kritikal dan lebih cerdas di dalam menanggapi masalah sosial dan permasalahan kebudayaan dan bagi penggiat seni mereka boleh menggali kreativitinya sebebas mungkin. Lagu Iwan Fals juga boleh dinikmati sebebasnya. Manakala sisi negatifnya pula kebebasan itu kadang-kadang membawa sesuatu keributan yang tidak perlu dan menurut saya pada saat media dikawal, saat kita tidak mempunyai kebebasan keseniaan dan kebudayaan , kita jadi lebih teratur maksudnya masyarakat dengan sendiri tahu apa yang perlu dikonsumsi sesuai umur dan tahap,. Apa yang terjadi sekarang adalah anak-anak kecil boleh menonton tontonan orang dewasa , tidak ada batasan. Akhirnya semua itu adalah pergerakan masa ke masa, zaman ke zaman yang memang harus kita hadapi kerana kalau dalam berkarya itu memang tidak boleh dibatasi dengan hukum kerana karya itu lawless istilahnya dan tidak boleh diatur.
Undang-undang dibuat untuk dilanggar?
ya
Menurut Acha, sejauh mana penggiat seni budaya dan juga masyarakat Indonesia untuk menerima demokrasi, keragaman dan keterbukaan itu sendiri kerana ada pandangan sebilangan kelompok di Indonesia yang mengatakan Indonesia sebenarnya masih belum bersedia atau siap untuk menerima semua perubahan ini?
Benar sekali, saya setuju dengan pendapat itu kerana menurut saya, demokrasi itu boleh ditanggapi dengan cerdas seandainya rakyatnya itu juga standar pendidikannya relatif sudah tinggi. Maksudnya pada saat kita mempunyai masyarakat dengan jurang yang sangat luas, iaitu dengan strata sosial ada yang miskin sekali, dan ada yang kaya sekali telah menghasilkan tahap penerimaan dan kemampuan menganalisa berita yang berbeza. Realiti masyarakat Indonesia masih banyak yang tahapnya pertengahan ke bawah dan oleh sebab itu masyarakatnya mudah terpancing emosi segala macam, dan saya melihat bahawasanya ia sangat mempengaruhi demokarasi di negara ini. Kita belum benar-benar freedom kerana tatkala pemerintah menerapkan negara ini bersistem hukum dan berdasar asas ketuhanan, kadang-kadang rakyat tidak menanggapi kebebasan yang diberi dengan tanggungjawab yang besar. Mereka Cuma fikir, oh kita sudah diberi kebebasan dan kita boleh mengungkap apa saja di media, boleh mengarang apa saja, makanya boleh mengungkap apa saja tanpa melihat dari sisi hukumnya. Nyata memang benar, demokrasi belum boleh diterapkan secara total di negara ini.
Jika Acha diberi pilihan, mahu berkarya di zaman Soeharto atau pasca-reformasi?
Agak sukar ya , jika untuk membela bangsa ini mungkin saya akan memilih sebelum zaman reformasi kerana faktor keamanan dan kestabilan sosial pastinya. Saya memilih sebelum reformasi kerana memang lebih teratur, masyarakat lebih menghormati dan mempunyai respek terhadap pemimpin-pemimpian kita. Sekarang kerana sudah terlalu transparen, kita sering menghakimi segalanya menerusi media, misalnya melalui internet atau suratkhabar sehingga pendapat menjadi sangat terbuka dan sering fikiran-fikiran dan idea-idea baru muncul yang mungkin sifatnya boleh jadi membangun bahkan mungkin menjatuhkan. Apa yang mengkhuatirkan adalah hal-hal yang seperti itu kadang-kadang memancing sesuatu yang sifatnya membesarkan sesuatu yang tidak perlu dan tidak bagus untuk negara. Lebih parah adalah berita yang secara sedar atau tidak memancing rakyat untuk berdemonstrasi setiap saat dan sebenarnya demo dan segala mcamnya itu bentuk dari kebebasan opini yang menurut saya sudah terlau bebas sehingga membakar-bakar dan merosakkan sarana umum. Hal yang berlebihan itu terjadi mungkin kerana standard kecerdasan kita masih dibawah dan segala sesuatu itu tidak bioleh ditanggapi dengan emosional yang cerdas
Pandangan Acha tentang penglibatan selebriti/artis di dalam politik Indonesia?
Sebenarnya saya termasuk di dalam selebriti yang mahu terjun ke dunia politik, tetapi setelah difikir ulang mungkin hanya pada masa depan dan tidak masa sekarang kerana setelah saya lihat-lihat banyak sekali selebriti yang terjun belum siap menghadapi segala macam pro dan kontra, bahkan belum bersedia dalam menanggapi masalah di dalam negeri dan sebagai wakil rakyat kadang –kadang mereka saya lihat masih terburu-buru dalam memutuskan sesuatu , mungkin secara mental belum kuat. Oleh kerana sekarang semua orang punya kebebasan, kebebasan untuk memilih wakil rakyat itu tergantung siapa yang memilih saja, kalau peminatnya banyak , kemungkinan akan terpilih sangat kuat. Selebriti itu punya kesempatan yang bagus dalam memanfaatkan populariti untuk menjadi wakil rakyat walau tanpa pengalaman dan persiapan mental. Sebenarnya menjadi artis dan ahli politik sangat berbeza, tapi mungkin kerana mereka beralasan punya ijazah dan mahu menjadi wakil rakyat yang sifatnya mewakili kebudayaan. Tetapi menurut saya walau kita banyak pengalaman sekalipun , dari segi mental pastinya belum siap kerana persoalan bangsa ini terlalu besar sehingga untuk kita yang seniman, seni dan politik itu sangat berbeza — politik dan hukum itu suatu yang pasti manakala seni sangat bebas. Maka itu kita harus punya ilmu-ilmu dasar untuk masuk ke dalam dunia politik.
Maka ditunda penglibatan kamu di dalam politik?
Banyak pro dan kontra , kalau perlu tidak mahu jadi wakil rakyat. Menurut saya, tidak adil kalau hanya menjadi wakil rakyat yang kerja 5 tahun di jabatan dan langsung dapat pegawai negeri yang akan beroleh pencen seumur hidup dan itu tidak masuk akal sekali. Semua orang kelihatan mahu menjadi anggota DPR (Dewan Permesyuaratan Rakyat) kerana pencennya ditanggung seumur hidup oleh negara dan itu semua wang rakyat.
Pandangan Acha tentang teman artis Rachel Maryam yang sudah menjadi wakil rakyat?
Kalau saya melihat dari infotainment, jawapan-jawapannya cukup bijaksana maksudnya tetap pada koridornya dan saya agak takjub kerana dia punya persiapan mental yang kuat, manakala ada beberapa artis lain kadang-kadang kita tidak tahu apa yang diperbuat, adakah benar mahu mengatasi masalah negeri atau cuma sekadar tidur, dan ambil wang harian dan pulang. Melihat dari persolaan negeri yang tidak pernah selesai bahkan progresnya pun langsung tidak kelihatan di mata kita, wakil rakyat sendiri yang seharusnya menilai semula diri adakah kita siap dan benar-benar mahu membuat perubahan bangsa ini dan jangan cuma hanya minta dana ini dan itu dan akhirnya tenyata dana itu tidak disalurkan ke mana-mana.
Ada pandangan mengatakan tahap kepercayaan rakyat terhadap pemerintah dan parti politik itu sangat lemah dan walaupun ruang kebebasan diberi, apa yang terlihat adalah kebebasan yang diberi dipisahkan dengan keputusan di tingkat pemerintahan. Komen Acha?
Ya benar sekali, kita cuma bising-bising dan bisingan itu tidak dimasukkan ke dalam agenda membuat perubahan di tingkat pemerintah. Bisingan kita tidak ditampung usulannya.
Terima kasih Acha untuk masanya
Sama-sama
Wawancara ini sebelumnya pernah disiarkan di The Malaysian Insider pada 22 Jun 2010
No comments:
Post a Comment