24 April 2011

Tonton & Diskusi Filem: Aku Siapa



Tempat: Kelab 50B (sebelah Malaysiakini, belakang LRT Bangsar)
Jalan Kemuja, Bangsar Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh: 29 April, Jumaat
Masa: 8.30 malam


TDF (Tonton dan Diskusi Filem) siri pertama akan menampilkan filem dokumentari dari Norhayati Kaprawi berjudul, AKU SIAPA

Sesi menonton bermula jam 8.30 malam diikuti diskusi selepasnya dan kemudian bersambung ke Bangsar Seafood bagi yang tegar :)

Sinopsis

Apakah antara sebab wanita Islam memakai tudung? Apakah cabaran yang mereka hadapi? AKU SIAPA menyingkap persoalan ini.

Melalui suatu siri wawancara dengan wanita Islam, dari yang muda hingga yang tua, dari kota dan desa, pengarah dan penerbit Norhayati Kaprawi meneroka mengapa wanita pakai tudung dan mengapa ada yang kemudian membukanya.

AKU SIAPA mengenengahkan suatu perspektif yang jarang diungkap di dalam media arus perdana, untuk dibincangkan bersama.

Pertanyaan - 010 512 6836 Zul

Terima kasih

No comments:

Post a Comment