14 September 2011

Pasar Seni Balik Pulau @ Interaksi Balik Pulau 2011



Komuniti Frinjan mempersembahkan

Pasar Seni Balik Pulau sempena 'Interaksi Balik Pulau 2011'

Dataran Kompleks Pasar MPPP di Pekan Balik Pulau akan diisi selama 2 hari dengan pelbagai aktiviti kesenian dari muzik, pembacaan puisi, tayangan filem dan bermacam-macam lagi. Tidak lupa gerai-gerai jualan seni dan kraf dari seluruh Pulau Pinang dan pilihan terbaik dari Balik Pulau

Persembahan daripada

Najwa Latif
https://www.facebook.com/najwalatifs

Marble Band
https://www.facebook.com/pages/Marble-Band/155908461099422

The Shades

Nastia
https://www.facebook.com/nastiamusic

S.I.C.K
https://www.facebook.com/pages/SICK/339653746576

The Raskens
http://www.myspace.com/theraskens

Auta Artistik

Orkes Rakyat Tertindas

dan banyak lagi

Untuk pemastautin di Lembah Klang, kita akan menyediakan sebuah bas untuk meronggeng ke Balik Pulau. Bas bertolak dari Kompleks Belia di Shah Alam setelah selesai Pekan Frinjan 23 dan pulang pada Ahad, 2hb Oktober jam 5 petang. Pertanyaan tentang 'Ronggeng ke Balik Pulau', sila emel frinjan@gmail.com dan Attn. kepada Farhan. Penginapan homestay disediakan. Semua tanpa bayaran :)

INTERAKSI BALIK PULAU 2011

Program-program 'Interaksi Balik Pulau 2011'

1hb Oktober 2011, Sabtu

PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perikanan Negeri dan banyak lagi

KEMPEN DERMA DARAH
9 pagi – 5 petang

PERTANDINGAN MEWARNA DAN BENGKEL MELUKIS
9 pagi – 10.30 pagi

PERTANDINGAN GUBAHAN HANTARAN
9 pagi – 10.30 pagi

SENAMROBIK
9 pagi – 10 pagi

MAJLIS PERASMIAN INTERAKSI BALIK PULAU & PELANCARAN DATARAN MUAFAKAT
9.30 pagi – 10.15 pagi

PIDATO PEMBANGUNAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
10.15 pagi – 11 pagi
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Profesor di universiti terkemuka dunia ini akan memberikan pidato bertajuk, “Ada Apa Dengan Pembangunan?”

KENDURI RAKYAT
11 pagi – 1 petang
Jamuan makan yang ditaja oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff sempena maraikan program Interaksi Balik Pulau

PASAR SENI BALIK PULAU
10 pagi – 12 tengah malam
Nama pasar seni diambil sempena nama lokasi acara diadakan dan juga bertujuan untuk merakyatkan seni ke tempat awam seperti contohnya di Kompleks Pasar Awam ini. Pelbagai aktiviti akan diadakan di bawah program PASAR SENI BALIK PULAU iaitu;

• Konsert hari pertama menampilkan sensasi baru dunia nyanyian Najwa Latif, Azhan Atan dari Akademi Nasyid, band asal Balik Pulau, Marble Band dan banyak lagi band muzik dari seluruh Pulau Pinang.
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Wayang pacak atau lebih dikenali dengan nama wayang milo
• Pameran foto Balik Pulau

PAMERAN MOTOSIKAL
12 tengah hari – 4 petang
Anak-anak muda dengan motosikal mereka akan bertarung untuk menjadi pemenang pertandingan motor berhias tercantik.

BENGKEL UNDI MALAYSIA
2 petang – 5 petang
Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa anak-anak muda dengan isu yang dekat dan penting bagi mereka seterusnya dapat dilahirkan dalam bentuk tindakan seperti bagaimana nantinya isu tersebut cuba ditangani bersama wakil rakyat di kawasan mereka.

MALAM ANUGERAH BALIK PULAU TERBAIK
8 malam – 9 malam
Penerima anugerah terdiri daripada anak-anak kelahiran Balik Pulau yang telah mengharumkan nama Balik Pulau dan mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.. Program diserikan lagi dengan persembahan istimewa dari Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

WAYANG MILO
9 malam
Tayangan filem

2hb Oktober 2011, Ahad

PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9 pagi – 5 petang
Antara agensi kerajaan yang terlibat adalah Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba & Penyelamat, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Perikanan Negeri dan banyak lagi

FORUM INTERAKSI PEMBANGUNAN BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
Program ini akan menggunakan pendekatan baru berbeza dengan forum-forum lain iaitu dengan mengambil pendekatan Interaksi & koloborasi kunci falsafah 'Muafakat'. Panitia mengalu-alukan warga Balik Pulau untuk mengambil peluang sebagai pembentang kertas kerja, pendiskusi dan lain-lain. Terbahagi kepada 4 sesi iaitu;

Interaksi 1 - Balik Pulau sebagai Hub Pendidikan
Interaksi 2 - Balik Pulau Kampung Lestari
Interaksi 3 - Balik Pulau Dan Pembangunan Masyarakat
Interaksi 4 - Agenda Muafakat Balik Pulau

BENGKEL HAK ASASI & TATA KELOLA OLEH SUHAKAM
9.00 pagi – 1 petang
Bengkel tentang hak asasi manusia dikendalikan oleh Suhakam

PASAR SENI BALIK PULAU
9 pagi – 5 petang
• Konsert hari kedua menampilkan kumpulan-kumpulan muzik independen baru
• Persembahan kesenian tradisional
• Pembacaan puisi dari pengkarya muda
• Bazar jualan produk seni dan kraftangan
• Pameran foto Balik Pulau

Terima kasih kepada kerajaan negeri Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, JKKK seluruh Balik Pulau, Komuniti Frinjan, Little Penang Street Market dan semua pihak atas sokongan yang diberikan

Pertanyaan 010 512 6836

http://yusmadi.yusoff.blogspot.com/
http://www.balikpulau.my/

Terima kasih :)

1 comment: