11 September 2011
Pekan Frinjan 23 Jumaat ini, 30 September :)
Salam semua,
Setelah cukup berehat Ramadhan & Syawal, Pekan Frinjan kembali lagi dengan edisi ke 23.
Pekan Frinjan adalah acara bulanan yang mempersatukan muzik, puisi, teater, fesyen, aktivisme, buku dan macam-macam.
Tempat: Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam (depan UNISEL dan di sebelah Tasik Seksyen 7)
Tarikh: 30hb September 2011, hari Jumaat (bukan Sabtu)
Masa: 8 malam (jam 5 petang gerai-gerai jualan sudah dibuka)
Barisan pengkarya
Dibjualkata
Free Deserters
Illya Sumanto
Isma Rudean
Kerusi Sepi
Najwa Latif
Nastia
Perewa Muda
Portgas
Subculture
The Alif
juga pelbagai buku-buku baru dari penerbit kecil dan besar boleh diperolehi di sini. Jom!
Pertanyaan gerai sila emel ke frinjan@gmail.com
Tentang Pekan Frinjan
Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.
Tentang Frinjan
Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
010 512 6836 : Zulhabri
012 204 4557 : Ahmad
017 699 7684 : Naha
atau emel ke frinjan@gmail.com
Facebook: http://www.facebook.com/frinjan
Twitter: @frinjan
Blog: http://frinjan.blogspot.com/
Pekan Frinjan 23 ini dianjurkan oleh Komuniti Frinjan dengan sokongan dari GEN-S, Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA
Terima kasih! :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment