24 February 2011

Malam ini! FORUM: Pilihan raya atau pilihan jalan raya? di 50B, Bangsar



PERHATIAN!

tempat telah ditukar ke 50-B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (LRT Aliran Kelana Jaya, Stesen Bangsar). Harap maklum!



View Larger Map

Forum Frinjan dan Distro Buku mempersembahkan;

FORUM: Pilihan raya atau pilihan jalan raya?

Tarikh: 24hb Februari 2011, Khamis
Masa: 8.30 malam
Tempat: 50-B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, KL (bangunan belakang Stesen LRT Bangsar, sebela pejabat Malaysiakini)
Pengangkutan awam: LRT Aliran Kelana Jaya, Stesen Bangsar


barisan panelis

1) Saudara Hishamuddin Rais - aktivis NGI, penulis dan pembikin filem
2) Saudara Ngurah Termana - aktivis Taman 65, Bali & aktivis mahasiswa semasa reformasi Indonesia
3) Saudara Hilman Idham - aktivis mahasiswa


Facebook - http://www.facebook.com/event.php?eid=179832178726327

Di Tunisia dan Mesir pemerintah diguling dalam revolusi di jalanan dan beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika turut terkena tempias Revolusi di era Facebook, Twitter dan Youtube.

Jangan dilupakan, tahun 1998 jiran kita Indonesia juga berjaya menumpaskan pemimpin diktator melalui pilihan jalan raya, malangnya pilihan raya setelahnya itu tidak memberi banyak impak terhadap kesejahteraan rakyat. Adakah Tunisia dan Mesir akan mengulangi kesilapan ketidaksiapan Indonesia dalam menangani perubahan.

Melihat hal ini, bagaimana dengan kita negara Malaysia? Adakah kita siap untuk berjuang di jalan, dan jika bukan di jalan adakah pilihanraya tempang yang ada diakui. Apakah sikap kita terutama anak muda?

Jika punya masa terluang, dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi pandangan bersama panelis yang dijemput, malangnya Saudara Helme Hanafi dari UMNO tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain.

Pertanyaan Zulhabri 010-512 6836

Anjuran Forum Frinjan dan Distro Buku

Forum Frinjan cuba nak membawa topik2 menarik dan penting untuk didiskusikan secara terbuka dan rasional. Banyak lagi dalam perancangan meliputi topik seni budaya, politik dan ekonomi.

http://frinjan.blogspot.com/

DISTROBUKU adalah sebuah kedai online yang bergerak menerusi konsep "kedai buku + distro". Meletakkan fokus yang tinggi terhadap buku-buku terbitan tempatan dan antarabangsa yang boleh menyumbang kearah pembangunan sosial negara. DISTROBUKU juga menyediakan ruang bagi penggerak seni independen tempatan mempamerkan karya mereka sama ada dalam bentuk muzik,filem,karya seni dan t-shirt.

http://www.distrobuku.com/

Terima kasih!

No comments:

Post a Comment