Dari kiri - Hilman, Fahmi, Termana dan Isham Rais
Forum pertama anjuran bersama Forum Frinjan dan Distro Buku telah berjaya diadakan dengan kehadiran hampir 50 pemuda pemudi di pot baru anak muda di 50B, Bangsar bersebelahan pejabat Malaysiakini. Forum bermula jam 9 malam, lewat 30 minit seperti yang dijadualkan kerana ramai hadirin pertama kali hadir ke kawasan ini yang sangat popular di era awal reformasi dengan gerakan2 anak muda seperti UBU, Food Not Bombs dan individu2 yang ditakuti sang penguasa pada waktu itu. Maka ramai yang tersesat dan susah nak jumpa, lepas ni dah tahu senang la.
Perbincangan hangat berlangsung selama 2 jam dan ucapan terima kasih selayaknya diberikan kepada moderator Hilman Idham dan barisan panelis Hishamuddin Rais, Fahmi Reza & Ngurah Termana. Terima kasih juga kepada Farhan Azahan, Perewa Muda, Hadi Khalid, Petak Daud dan Tan Sri Izmil Amri yang telah membantu. Terima kasih banyak2 juga kepada yang hadir, segala kelemahan dan kesulitan harap dimaafkan. Kritikan dan cadangan dialu-alukan untuk penambahbaikan. Emel ke frinjan@gmail.com. 50B akan mengancam!
Di bawah merupakan poin2 yang dilontarkan barisan panelis dan ditweet oleh Tan Sri Izmil Amri dan Farhan Azahan. Terima kasih banyak! :)
Forum tamat. Trima kasih utk semua yg hadir! Trima kasih @izmilamri utk live update mlm ini
Fahmi Reza: Pilihanraya bukan alternatif terbaik. Revolusi Mesir tidak dpengaruhi parti politik, hanya massa rakyat
@ishamrais Anak muda harus gunakan wacana sebanyak mungkin untuk pencerahan
@ishamrais Kejatuhan Mubarak bukan sepenuhnya tamat revolusi
@ishamrais Utk berlaku perubahan, yg diperlukan adalah structural changes
@ishamrais Parti politik di Malaysia skadar bersaing utk mjadi kuasa kapitalis. Market forces rules
Ngurah: Di negara mana pun revolusi tidak akn bjaya tnpa oposisi yang kuat
Fahmi Reza: Di Malaysia tidak demokrasi tidak sepenuhnya, kerana ia sebenarnya demokrasi perwakilan. Bkan rakyat bwahan yg mbuat kputusan
Fahmi Reza: Revolusi di Msia tidak well organized bbanding Mesir
Fahmi Reza: Yg menyatukan rakyat adalah demokrasi universal. Sama matlamat
Fahmi Reza: Apa2 yang dipaksa ke atas org, org akan membantah
Hadirin memenuhi ruang hadapan. Ramai terpaksa berdiri di blkg http://plixi.com/p/79636438
Panelis forum malam ini #50B http://twitpic.com/438wzb
FR: Keyword kerajaan ialah 'raja'. Patutnya dia pentadbir sahaja
@ishamrais Notion of middle class bukan setakat income. tetapi nilai2 e.g. membaca, pro HR, x tgk TV
@ishamrais : Kemiskinan bukan hukum untuk berlakunya pemberontakan. Lost of hope it crucial. Tak boleh ada ilusi pilihanraya
@ishamrais bercerita kisah re4mac dan menyorot revolusi timur tengah
@ishamrais : Demokrasi gagal kerana kerangka yg terlalu besar dan ramai. patut ada autonom2 kecil yg memudahkan perlaksanaan demokrasi
@ishamrais : Kita ini adalah insan2 yang belum terduga. Di situ idealisme kita diuji. dlm struktur kuasa, mereka diuji
@ishamrais 1971 kita juga angkat Gadafi. namun semua itu bertukar. power structure berubah. idealisme juga berubah
Panelis forum malam ini adalah Hishamudin Rais, Ngurah Termana dan Fahmi Reza
Termana: Demokrasi paling ideal beri ruang bersuara utk yg tiada suara.
FR: Tugas aktivis utk buka mata rakyat terhadap ketidakadilan. Highlight dan beri ruang rakyat solve problem. Bukan mcm parti politik
FR: Apa yg terjadi pad DSAI dan mood anti Mahathir trigger kemarahan rakyat sekitar re4mac. Malaysia x sampai tahap Mesir
FR: Bentuk Demokrasi yang perlu; grassroot democracy. Up to us untuk fikirkan apa bentuk demokrasi. perlu inclusive
FahmiReza: Selagi perubahan tidak datang dari bawah ke atas, ia tidak akan kekal. Change can come thru social movements
FR: Revolusi Mesir lahir dari gerakan anak muda yang tersusun. Tidak centralized, organik dan dtg dari bawah
Fahmi Reza: April 6th Youth Movement memulakan usaha massa untuk bergerak sehingga 25haribulan. N it sparkd a revolution.
Termana: pilihanjlnraya bukan sgt last resort sbnrnya
Termana: Pilihan Jalan Raya itu pendidikan politik. #50B
No comments:
Post a Comment