06 May 2011

Pekan Frinjan edisi ke 20! Jom!










7 Mei 2011
Dataran Kompleks Belia Seksyen 7 (sebelah tasik dan depan UNISEL)

5 petang - 12 malam

http://www.facebook.com/event.php?eid=139857599420873

Pekan Frinjan 20 bertukar halaman ke Dataran Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor

Program-program

Lawak berdiri oleh Hishamuddin Rais aka Tukar Tiub dan pra-lancar buku terbaru TT bertajuk 'Tertangkapnya Sa-ekor Toyo: surat dari teoh beng hock


Lontaran kata seorang ayam dan pasca-lancar buku Fared Ayam, 'Pada Sebuah Ketentuan'



Puisi oleh

Aishah Baharuddin

Drum oleh





Mini bazar oleh Hello Bazaar



Pasar buku oleh Distro Buku



DAPATKAN BUKU TERBARU FARED AYAM DAN HISHAMUDDIN RAIS DI DISTRO BUKU!

dan

perlawanan persahabatan bola sepak mempertemukan

Pilihan Frinjan melawan Pilihan Sokernet

jam 5 petang

'

Tentang Pekan Frinjan

Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Tentang Frinjan

Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

013 299 0192 : Farhan
010 512 6836 : Zulhabri
017 699 7684 : Naha

atau emel ke
frinjan@gmail.com

Facebook:
http://www.facebook.com/frinjan
Twitter: frinjan
Blog:
http://frinjan.blogspot.com/

Pekan Frinjan 20 ini dianjurkan oleh kumpulan Frinjan melalui Oxygen Media dengan sokongan dari GEN-S, Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA

Terima kasih! :)

No comments:

Post a Comment