30 May 2011

Pekan Frinjan 21 feat. Akta Angkasa


Jemputan ke Pekan Frinjan 21


Tarikh: 4hb Jun 2011
tempat: Laman Budaya, Shah Alam
Masa: 5 petang - 12 malam

Blog Laman Budaya: http://lamanbudaya.blogspot.com/

Salam semua,

Pekan Frinjan 21 akan kembali ke Laman Budaya di tepian tasik untuk edisi Jun.

Ok, untuk edisi ke 21 kami mempersembahkan

Akta Angkasa http://www.senipekik.com/
Man Under Zero Effort http://www.myspace.com/manunderzeroeffort
I/Am/Rain http://www.facebook.com/pages/IAmRain/167549839928348
The Qum Actors http://www.facebook.com/thequmactors
Melodisaster http://www.facebook.com/melodisaster
Najwa Latif http://www.facebook.com/pages/Imratul-Najwa-Abdul-Latif/199097720106763
The D.I.A http://www.facebook.com/differentinaction

seperti biasa ada

Distro Buku buat mencerahkan penampilan dalaman
http://www.facebook.com/DistroBuku

Bazar jualan untuk mencerahkan penampilan luaran
http://www.facebook.com/bijou.bazaar

Sate madura dari pelajar-pelajar Merah Putih Club Limkokwing!

untuk pertanyaan gerai sila emel ke bijoubazaar@gmail.com

Tentang Pekan Frinjan


Pekan Frinjan adalah salah satu inisiatif kelompok Frinjan bertujuan untuk membudayakan masyarakat. Ini dilakukan dengan membawa pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan terus kepada masyarakat umum, khususnya di laman massa dan jalanan. Dengan mempersembahkan seni dan budaya dalam bentuk “pop”, diharapkan masyarakat akan terus mahu mendekati bahan berteraskan intelektualisme. Ini penting dalam membentuk sebuah negara dan persekitaran bertamadun yang tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata.

Tentang Frinjan

Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial. Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan. Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

010 512 6836 : Zulhabri
017 699 7684 : Naha

atau emel ke frinjan@gmail.com

Facebook: http://www.facebook.com/frinjan
Twitter: frinjan
Blog: http://frinjan.blogspot.com/

Pekan Frinjan 21 ini dianjurkan oleh Komuniti Frinjan melalui Oxygen Media dengan sokongan Tourism Selangor dan turut dibantu oleh MBSA

Terima kasih! :)

No comments:

Post a Comment