21 May 2011
Forum Frinjan 4.0: Membedah PRU Singapura 2011
Forum Frinjan dan Distro Buku dengan kerjasama Kelab LimaPuloh-B mempersembahkan;
Forum Frinjan 4.0: Membedah PRU Singapura 2011
Tarikh: 24hb Mei 2011, Selasa
Masa: 8.30 malam
Tempat: 50-B, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, KL (bangunan belakang Stesen LRT Bangsar, sebelah pejabat Malaysiakini)
Pengangkutan awam: LRT Aliran Kelana Jaya, Stesen Bangsar
Moderator: Amin Ahmad
Panelis: Isrizal Mohamed Isa dan Tricia Yeoh
PRU Singapura yang baru saja selesai menyaksikan tsunami kecil di negara tersebut. Apakah isu-isu yang menjadi kepedulian masyarakat di sana dan impak keputusan PRU tersebut terhadap landskap politik Singapura? Nak tahu sila hadirkan diri :)
Anjuran Forum Frinjan dan Distro Buku
Forum Frinjan cuba nak membawa topik2 menarik dan penting untuk didiskusikan secara terbuka dan rasional. Banyak lagi dalam perancangan meliputi topik seni budaya, politik dan ekonomi.
http://frinjan.blogspot.com/
DISTROBUKU adalah sebuah kedai online yang bergerak menerusi konsep "kedai buku + distro". Meletakkan fokus yang tinggi terhadap buku-buku terbitan tempatan dan antarabangsa yang boleh menyumbang kearah pembangunan sosial negara. DISTROBUKU juga menyediakan ruang bagi penggerak seni independen tempatan mempamerkan karya mereka sama ada dalam bentuk muzik,filem,karya seni dan t-shirt.
http://www.distrobuku.com/
Kelab LimaPuloh-B
Kelab LimaPuloh-B adalah sebuah ruang publik yang dibangunkan hasil inisiatif Fraksi Anak Muda, Kumpulan Anak Muda Independen (KAMI).
Kelab ini adalah pusat pertemuan, interaksi dan aktiviti anak muda dan publik.
Ruang yang boleh digunakan secara percuma ini menyediakan ruangan forum, bilik bacaan, bilik mesyuarat serta fasiliti yang secukupnya untuk tujuan program dan acara berbentuk santai.
Sehingga ke hari ini, jaringan kelab ini merangkumi kebanyakan kumpulan anak muda di Kuala Lumpur daripada segenap segmen - politik, musik, teater, mahasiswa dan lain-lain.
http://limapulohb.blogspot.com/
Terima kasih!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment