14 March 2011

Forum 2.0: Apa Ada Dengan Cinta?


Forum Frinjan edisi Mac 2.0 mempersembahkan topik Cinta dalam 'Apa Ada Dengan Cinta?'

Tarikh: 18hb Mac 2011, Jumaat
Masa: 8 malam
Tempat: 50b, Jalan Kemuja, Bangsar Utama (Di sebelah pejabat Malaysiakini, berhampiran Stesen LRT Bangsar)


Forum kali ini tampil dengan isu yang lebih santai namun terkesan dan berkait dalam kehidupan seharian kita. Cinta, satu subjek yang luas takrifnya acapkali dikaitkan dengan perhubungan spiritual manusia bergelar lelaki dan wanita. Membatasi konteks spiritual, Cinta bersandarkan nafsu sering menghanyutkan kita, lantas biasanya menjadi faktor dominan kepada pengakhiran sesebuah hubungan. Berpijak kepada matlamat Cinta yang asal yakni cinta abadi kepada tuhan, manusia seringkali alpa.

Huraian Cinta ini mungkin mengarut, atau bersifat bias, mungkin juga tidak menyeluruh untuk kami kupaskan dalam laman ini, tambahan pula yang sedang menulisnya langsung tiada bersifat romantis, tidak kacak, lantas tidak digilai ramai, sekadar memiliki personaliti kasih sayang yang tinggi. Jadi sebaiknya anda dijemput datang ke forum ini untuk mendengar sendiri pendapat beberapa orang panelis yang masing-masing mempunyai latar belakang istimewa dalam subjek ini.

Panelis yang sudah pasti saat ini:

FYNN JAMAL
MESIN CETAK
AISHAH NUR HAKIM

Dan NAZRI VOVINSKI ANNUAR sebagai moderator kali ini

"Saya Cinta Awak, klise, tapi saya tak peduli, kalau saya peduli, saya tak boleh bercinta" - Vovin

Jika timbul sebarang keraguan selain isu cinta, boleh hubungi:

013-2990192 (Farhan Azahan)

No comments:

Post a Comment